Computer HUBSoftware

Cara Download File ISO Windows 10, 7, 8.1 OEM secara Legal dari Microsoft

Bagi Juruteknik Komputer File ISO windows adalah penting dan utama untuk reformat, fresh install windows. bagi pakar computer yang dah pening kepala (mati akal) yang x tau punca masalah yang sedang dihadapi Reformat/fresh windows install adalah jalan yang terakhir.

sejak dari windows 7 ke windows 10, tatacara untuk reformat sangat mudah. berbekalkan 2 perkara penting anda sudah boleh reformat pc or laptop anda secara percuma dan mudah.

Terdapat 2 cara bagi mendapatkan file windows ISO OEM secara legal dari microsoft antaranya :

  1. Melalui Media Creation Tool (MCT) Windows 10 Latest version
  2. Melalui Microsoft Windows and Office ISO Download Tool

Kaedah 1 : Perisian Media Creation Tool (MCT)

untuk perisian media creation tool hanya windows version terkini sahaja yang boleh di download. untuk tutorial sila rujuk seperti berikut:-

  1. Download Media Creation Tool
  1. Jalankan Perisian tersebut, Pilih Yes jika User Account Control (UAC) muncul
  2. Media creation tool akan loading agak lama (harap bersabar)
  1. Pilih “Accept” license term untuk meneruskan
  1. pada pilihan “What do you want to do?” anda perlu memilih “create installation media” untuk muat turun file iso.
  1. MCT akan menanyakan bahasa, seni bina, dan edisi Windows yang anda mahukan untuk file ISO anda. secara lalai MCT akan mengikut tetapan system pada computer anda. anda boleh UNCHECK pada “Use the recommended options for this PC” untuk membuat pilihan pada bahasa, senibina, dan edisi.
  1. Setelah selesai membuat pilihan anda teruskan dengan menekan butang “NEXT”
  2. Pada halaman ini anda perlu memilih untuk menggunakan “USB” atau “ISO file”. untuk tutorial ini sila pilih ISO File dan teruskan dengan menekan butang “NEXT”
  1. Pada halaman seterusnya anda dimintak lokasi untuk menyimpan file ISO tersebut. buat pilihan lokasi dan filename dan tekan butang “SAVE”
  1. MCT akan jalankan muat turun file ISO tersebut.
  1. Bila MCT selesai muat turun ISO file anda boleh menutup MCT dengan menekan butang “FINISH”

anda sekarang telah menyimpan file ISO Windows terkini pada simpanan peribadi anda. anda boleh menggunakannya pada “virtual machines” atau “create bootable media”.

Kaedah 2 : Perisian Microsoft Windows and Office ISO Download Tool

kaedah windows iso download tool ini sangat mudah dan banyak pilihan ISO file. perisian ini boleh muat turun Windows ISO dan office Image. Rujuk Tutorial dibawah untuk menggunakan kaedah ini.

  1. Download Perisian di laman rasmi : Microsoft Windows and Office ISO Download Tool
  1. Jalankan perisian tersebut dan buat pilihan versi windows yang ingin di muat turun.
  1. sebagai contoh saya memilih Windows 10 untuk file ISO saya.
  1. Setelah memilih versi windows (windows 10)
  2. pilihan untuk edisi Windows akan keluar belah kanan perisian tersebut. anda boleh membuat pilihan dengan memilih edisi dan version Windows tersebut. Saya sarankan mengunakan versi terkini
    • VERSI terkini
    • EDISI HOME/PRO (Pemilihan ini sangat penting, sekiranya tersalah edition maka license pc/laptop anda tidak boleh digunakan.
  3. setelah selesai memilih edisi sila tekan “Confirm” untuk terukan
  1. seterusnya masa untuk memilih BAHASA pilihan untuk windows ISO file tersebut. anda boleh memilih apa sahaja pilih bahasa yang sedia ada. sebaiknya pilih “English”
  2. setelah selesai memilih BAHASA sila tekan “Confirm” untuk teruskan.
  1. halaman seterusnya anda boleh memilih pilihan seni bina sama ada 32BIT atau 64BIT. untuk pilihan senibina ini beberapa maklumat perlu diambil tahu.
    • RAM PC/LAPTOP – 32bit 3GB kebawah | 64bit 4GB keatas
    • Motherboard – pastikan motherboard anda mampu menggunakan system 64bit
  2. tekan link tersebut untuk muat turun file tersebut.

kelajuan muat turun bergantung pada kepantasan internet anda. sila pastikan anda mempunyai internet yang stable untuk memastikan muat turun berjalan dengan lancar. anda akan muat turun file sebesar 4GB ke 6GB

sekiranya anda masih mempunyai masalah atau pertanyaan boleh majukan di https://forum.ampg.my/

Related Articles

Back to top button